Leicester City inspirasi Atletico

Leicester City inspirasi Atletico

MADRID, 26 April – Permainan cemerlang Leicester City yang menghampiri gelaran Liga Perdana memberikan inspirasi Atletico Madrid dalam laluan mereka untuk memenangi Liga Juara-Juara dan La Liga, dakwa pemain pertahanan Filipe Luis.

Atletico menghadapi Bayern Munich dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara esok yang berusaha untuk memberikan kejutan besar selepas menyingkirkan juara Barcelona dari suku akhir. Bajet yang digunakan untuk meletakkan pasukan Diego Simeone menjadi perbandingan kepada kekayaan tiga lagi pasukan separuh akhir ketika kelab terkaya dunia, Real Madrid menghadapi Manchester City yang disokong Abu Dhabi dalam separuh akhir seterusnya.

Bagaimanapun, bekas pertahanan Chelsea, Luis percaya peningkatan Leicester ke kedudukan teratas Liga Perdana adalah satu inspirasi kepada kelab dunia itu bahawa wang tidak dapat membeli kejayaan pada kedudukan teratas.

“Ia berlaku tahun ini dalam Liga Perdana dengan Leicester. Mereka pasukan sederhana yang hampir menjadi juara Liga Perdana,” kata pemain antarabangsa Brazil.

“Dalam bola sepak epik ini berlaku. Walaupun terdapat perbezaan dalam bajet, kami adalah pasukan yang beraksi sebagai sebuah pasukan. “Kami tidak mempunyai pemain bintang, kami mempunyai pasukan di mana semua orang berlari dan berjuang untuk bersaing dengan pemain berhampiran mereka dan itu menjadikan kami lebih kuat.”

Pemain Atletico (tengah) melihat Leicester sebagai inspirasi mereka untuk memenangi Liga Juara-Juara. – AP
Pemain Atletico (tengah) melihat Leicester sebagai inspirasi mereka untuk memenangi Liga Juara-Juara. – AP

Kekecewaan tersingkir pada minit akhir menentang Real dua tahun lalu masih segar di minda Atletico ketika mereka menyasarkan kejayaan Liga Juara-Juara yang pertama.

Bagaimanapun, mereka berusaha membalas dendam menentang Bayern ketika bolos untuk jaringan penyamaan pada minit akhir masa tambahan menentang gergasi Jerman dalam persaingan 42 tahun lalu sebelum Munich mendominasi aksi timbal balik 4-0. – AFP