Leicester City sedia kekalkan momentum

Leicester City sedia kekalkan momentum

LONDON, 10 Ogos – Selepas mencatat sejarah terhebat dalam Liga Perdana dengan merekodkan kejayaan musim lalu, Claudio Raneiri dikelilingi pasukan lain yang berbelanja besar untuk menyekat kemaraan mereka.

Anak didik Raneiri yang ketika itu dibarisi Jamie Vardy, N’Golo Kante and Riyad Mahrez membawa pasukan itu mencipta kejayaan buat kali pertama untuk mereka.

Mempamerkan persembahan mengagumkan biarpun kekurangan perlawanan besar, Leicester menamatkan saingan 10 mata di depan pasukan tempat kedua, Arsenal.

Tewas hanya tiga kali dalam 38 perlawanan liga, tiada siapa boleh mengatasi kehebatan Leicester City untuk menjuarai Liga Perdana buat kali pertama, setahun selepas mereka hampir tersingkir dalam liga.

Tetapi bagi sesetengah orang, kenaikan Leicester dibantu oleh kekurangan cabaran berterusan daripada mana-mana kuasa besar tradisional England.

Ranieri berlatih bersama pasukannya di StubHub Center di Carson, California dalam gambar fail 29 Julai 2016.
Ranieri berlatih bersama pasukannya di StubHub Center di Carson, California dalam gambar fail 29 Julai 2016.

Juara sebelumnya Chelsea menyerahkan gelaran dengan rengekan dan Arsenal pula konsisten dalam ketidakselarasan mereka, manakala Manchester City, United dan Liverpool semua tidak beraksi dengan baik.

Pasukan Ranieri tidak mungkin mempunyai apa-apa perjalanan mudah kali ini kerana City, United dan Chelsea semuanya kelihatan lebih kuat dengan pengurus baru mereka berbelanja sakan untuk mendapatkan pemain mahal.

Leicester pula cuba untuk bersaing dengan golongan elit, memecahkan rekod perpindahan dua kali dalam masa seminggu apabila menghabiskan 13 juta pound ke atas pemain tengah Perancis Nampalys Mendy dan 16 juta untuk penyerang Nigeria Ahmed Musa.

Ranieri juga telah menandatangani penjaga gol Ron-Robert Zieler, pemain pertahanan Luis Hernandez dan pemain sayap Bartosz Kapustka.

Dengan Kante berpindah ke Chelsea, Raneiri membawa masuk pemain Perancis, Nampalys Mendy dan pemain Wales, Andy King untuk mengisi kekosongan.

Mendy dilihat sebagai pengganti Kante untuk tempoh masa panjang tetapi sementara dia menyesuaikan diri dengan Liga Perdana, King mungkin diturunkan pada perlawanan pembukaan menentang Hull pada Sabtu ini kerana lebih berpengalaman.

“Jika Chelsea membeli Kante, ini kerana dia beraksi seperti dua pemain pada musim lalu,” kata Raneiri. “Kini semua orang mesti faham yang kini Kante tiada. – AFP