Leicester City terus ungguli persada liga

Leicester City terus ungguli persada liga

LONDON, 20 Dis (Reuters) – Lembaran baharu kisah dongeng Leicester City tertulis malam tadi ketika mereka memastikan terus berada di kedudukan teratas pokok krismas Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Hari Krismas setahun selepas berada di kedudukan terbawah liga.

Kemenangan 3-2 ke atas Everton dilakukan dengan kepantasan dan gaya tersendiri secara dramatik sepanjang kendalian Claudio Ranieri, berterusan selepas perubahan menakjubkan daripada pasukan seakan pasti tersingkir musim lalu kepada pencabar tulen untuk gelaran.

Dua jaringan buat Riyad Mahrez daripada sepakan penalti, memastikan jaringan pemain Algeria itu sudah mencecah 13 gol dan Jamie Vardy (15), Leicester kini memiliki dua penjaring terbanyak liga, melengkapkan kemenangan terbaharu dengan cerita kejayaan menarik.

Sebelas kali dalam era EPL, pasukan yang mendahului pada Krismas kemudiannya menang gelaran.

Shinji Okazaki menjaringkan gol ketiga buat Leicester City. – Reuters
Shinji Okazaki menjaringkan gol ketiga buat Leicester City. – Reuters

Namun Ranieri yang sentiasa berhati-hati lebih gemar mengumpul sasaran 40 mata yang dia percaya akan menjamin mereka kekal dalam EPL. Merujuk kepada Leicester sudah mengumpul 38 mata, pengendali dari Itali itu memberitahu Sky Sports sambil tersenyum:

“Ia kurang dua daripada 40…dua kurang. Saya rasa kami akan menyambut Krismas dengan sangat baik tetapi sehari selepas itu adalah sangat sukar untuk kembali ke sini (Merseyside).”

Leicester yang kini kelebihan lima mata di persada, akan berkunjung ke Liverpool sehari selepas Krismas dengan rasa selesa, menyedari tiada pasukan pernah mendahului liga pada perayaan itu akan menamatkan kedudukan kurang daripada keenam.

ARTIKEL YANG SAMA