Leicester mahu simpan Vardy

Leicester mahu simpan Vardy

LONDON, 5 Jan (Agensi) – Leicester City tampak akan menawarkan Jamie Vardy kontrak baharu pada bulan ini dalam usaha mengetepikan minat ditunjukkan tiga kelab gergasi – Manchester United, Manchester City serta Chelsea.

Persembahan menakjubkan Vardy menyebabkan wujudnya agenda untuk memperbaiki kontraknya dan usaha awal sudah dilakukan.

Syarat baharu boleh menyaksikan Vardy, penjaring terbanyak bersama dalam Liga Perdana, memperoleh lebih daripada dua kali ganda perjanjian STG40,000 seminggu miliknya ketika ini untuk membawanya sebaris dengan penyerang hebat lain dalam liga utama berkenaan.

Claudio Ranieri sebelum ini membayangkan dia tidak kisah untuk memberikan ganjaran terhadap apa yang sudah dilakukan penyerang itu musim ini dan mempertahankannya daripada tawaran lebih baik kelab lain ketika perpindahan pemain pada musim sejuk.

Leicester City tidak berhasrat untuk melepaskan Jamie Vardy ke kelab lain. – Reuters
Leicester City tidak berhasrat untuk melepaskan Jamie Vardy ke kelab lain. – Reuters

Vardy masih memiliki kontrak dua setengah tahun yang ditandatangani pada Ogos 2014 dan 15 jaringan dalam liga teratas menjadikannya sasaran tulen buat pasukan utama Liga Perdana.

Manchester City dan United sudah melihatnya, dengan Chelsea juga dikatakan akan membuat tawaran.

Vardy akan berusia 29 tahun pada 11 Januari tetapi masih kekal sebagai antara pemain terpantas dalam liga utama dan masih boleh bermain di Eropah.