Leicester, Man City seri 0-0

Leicester, Man City seri 0-0

LEICESTER, 30 Dis – Leicester City menyamai kutipan mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal selepas terikat tanpa jaringan dengan pencabar gelaran, Manchester City di Stadium King Power, awal pagi tadi.

Pertembungan antara kedua-dua pasukan berlangsung dengan penuh debaran, namun penjaga gol Kasper Schmeichel dan Joe Hart, bertindak cemerlang dalam mengawal gawang masing-masing.

Jamie Vardy mensia-siakan peluang terbaik Leicester pada penghujung babak pertama manakala Manchester City yang tidak pernah memenangi perlawanan di laman lawan sejak pertengahan September hampir merobek gawang gol tuan rumah menerusi Raheem Sterling dan Nicolas Otamendi.

Leicester yang berdepan kekalahan pertama dalam 11 perlawanan liga di Liverpool Sabtu lalu, mengumpul 39 mata daripada 19 perlawanan dan hanya dibezakan menerusi perbezaan jaringan dengan Arsenal.

Manchester City pula merampas kedudukan Tottenham untuk berada tangga ketiga dan mengekori dua pasukan teratas itu dengan perbezaan tiga mata.

Sergio Aguero cuba melepasi benteng pertahanan Leicester City ketika perlawanan itu, kelmarin. - Reuters
Sergio Aguero cuba melepasi benteng pertahanan Leicester City ketika perlawanan itu, kelmarin. – Reuters

“Satu keputusan yang agak baik,” kata penjaga gol Leicester, Schmeichel. “Mereka mempunyai beberapa peluang dan begitu juga kami.

“Agak kecewa tetapi kami dapat mengutip mata. Kami sebuah pasukan yang sangat bagus, kami membuktikan yang kami berhak untuk berada di kedudukan ini.

“Sekarang ini kami memasuki separuh musim, masih lagi Disember dan perjalanan juga masih lagi jauh,” kata Schmeichel. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA