Leicester perlu berwaspada

Leicester perlu berwaspada

LONDON, 11 Feb – Leicester City perlu lebih berhati-hati dengan realiti apabila akan berkunjung ke Arsenal, Ahad ini ketika Tottenham Hotspur yang kini berada di tangga kedua turut memasang cita-cita sama untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Spurs pastinya mahu meneruskan usaha mereka ketika menentang Manchester City di tempat lawan.

Dua perlawanan ini pasti sesuatu yang cukup hebat untuk diperkatakan kerana ia membabitkan pertembungan sesama sendiri semua empat pasukan teratas.

Leicester kini menghuni tempat teratas Liga Perdana Inggeris buat kali pertama selepas kemenangan bermakna diraih ketika menundukkan City 3-1 sebelum ini untuk meletakkan mereka selaku pilihan untuk muncul juara.

Pengurus Manchester City sendiri, Manuel Pellegrini mengakui Leicester City pasukan pilihan menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) susulan kekalahan pasukannya dalam saingan kelab teratas itu.

Leicester bermain bagus berbanding kami. Jika mereka terus bermain dengan cara itu, mereka adalah pasukan pilihan untuk memperoleh kelebihan mata,” kata Pellegrini.

Namun ada juga kemungkinan Tottenham mampu meraih kejuaraan pertama mereka sejak 1961 dan mereka hanya dipisahkan lima mata di belakang Leicester ketika musim ini masih berbaki 13 perlawanan lagi.

Manakala Arsenal dan City yang masing-masing menghuni tangga ketiga dan keempat liga seakan sudah biasa dengan perebutan kejuaraan.

Leicester menghabiskan lebih sedekad lalu di luar saingan Liga Perdana Inggeris, manakala Tottenham tetap sama iaitu untuk menamatkan di kelompok empat terbaik. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA