Leicester rampas takhta liga

Leicester rampas takhta liga

LONDON, 24 Jan – Leicester City kembali menghuni puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil kemenangan 3-0 ke atas Stoke City ketika derita Manchester United berterusan apabila sekali lagi tumbang di Old Trafford.

Penyerang berbisa Leicester, Jamie Vardy kembali menemui sentuhan penyudah apabila meledak jaringan kedua tuan rumah yang membuka tirai jaringan pada minit ke-42 menerusi Danny Drinkwater.

Selepas Vardy meletakkan Leicester 2-0 di depan pada minit ke-66, pemain gantian Leonardo melengkapkan jaringan tuan rumah ketika perlawanan berbaki tiga minit.

Man United dalam pada itu tumbang 1-0 kepada Southampton menerusi jaringan Charlie Austin pada minit ke-87 yang jelas bakal menambah tekanan buat pengendali, Louis van Gaal.

Lebih manis buat penyerang berusia 26 tahun itu apabila ia adalah gol pertamanya sejak menyertai Southampton dari Queens Park Rangers minggu lalu.

Pemain sensasi Leicester City Jamie Vardy (tengah) ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. - Reuters
Pemain sensasi Leicester City Jamie Vardy (tengah) ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – Reuters

Tottenham Hotspurs terpaksa bangkit daripada ketinggalan sebelum meledak tiga gol pada babak kedua untuk menang 3-1 ke atas Crystal Palace.

Ketinggalan menerusi jaringan sendiri Jan Vertonghen pada minit ke-30, Spurs bangkit menerusi jaringan Harry Kane pada minit ke-63, Alli (m84) dan Chadli (m90+5)

Sunderland pula seri 1-1 bertemu Bournemouth dengan Watford menewaskan Newcastle 2-1.

Satu lagi perlawanan menyaksikan West Brom terikat tanpa jaringan bertemu Aston Villa. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA