Leicester sambar Ndidi

Leicester sambar Ndidi

LONDON, 4 Jan – Juara Liga Perdana Leicester bakal menandatangani pemain tengah Wilfred Ndidi dari kelab Belgium, Genk untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh N’Golo Kante yang berpengaruh.

Pemain antarabangsa Nigeria itu bersetuju dengan kontrak lima setengah tahun dan perpindahan yang dilaporkan bernilai15 juta pound (AS$18 juta) akan berkuat kuasa setelah permit kerjanya diberikan.

Pemain berusia 20 tahun itu telah pun menjalani ujian perubatan dan berharap untuk melengkapkan perpindahannya ke Stadium King Power minggu ini.

“Leicester City hari ini boleh mengesahkan bahawa perjanjian telah dicapai dengan KRC Genk untuk perpindahan tetap Wilfred Ndidi. Dia akan menyarung jersi No.25 City,” kata satu kenyataan Leicester pada Selasa.

Ndidi disambar oleh Genk ketika bermain untuk Nathaniel Boys dalam ujian terbuka di tanah airnya. Beliau menyertai akademi Genk pada hari lahirnya yang ke-18 dan musim ini membantu kelab mara ke peringkat kalah mati Liga Europa setelah menjuarai kumpulan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA