Leicester sedia hadapi cabaran Liga Juara-Juara

Leicester sedia hadapi cabaran Liga Juara-Juara

BRUGES, Belgium, 14 Sept – Selepas kejayaan Liga Perdana mereka musim lalu, pasukan kendalian Claudio Ranieri Leicester City membuat langkah pertama mereka dalam Liga Juara-Juara di Club Brugge di Belgium awal pagi esok.

Pasukan Foxes diletakkan dalam Kumpulan G bersama Porto dan FC Copenhagen yang menjadi sebahagian kumpulan itu.

Bagaimanapun, kunjungan pendek ke Jan Breydelstadion masih lagi selangkah ke dalam keadaan yang tidak dikenali bagi kelab yang tidak biasa kepada persaingan benua.

Leicester belum pernah beraksi di Eropah sejak tewas kepada Red Star Belgrade dalam pusingan pertama Piala UEFA pada September 2000.

Claudio Ranieri ketika dalam sesi sidang media menjelang perlawanan di antara pasukannya dan pasukan Brugge. - AFP
Claudio Ranieri ketika dalam sesi sidang media menjelang perlawanan di antara pasukannya dan pasukan Brugge. – AFP

Mereka belum mencatatkan kemenangan di Eropah sejak menewaskan Glenavon dari Ireland Utara dalam Piala Cup Winners pada 1961, tetapi Raineri menyasarkan kempen yang panjang dalam Liga Juara-Juara.

“Ia adalah penting untuk beraksi di Eropah sekitar Disember. Ia adalah tujuan kami. Kami mahu berada dalam peringkat kalah mati,” kata pengurus dari Itali itu, yang tahu Leicester perlu untuk tidak melihat terlalu jauh bagi inspirasi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA