Leicester seperti Forest Gump

Leicester seperti Forest Gump

LONDON, 24 Dis (AFP) – Pengendali Leicester Claudio Ranieri melabelkan pendahulu tidak diduga itu sebagai Forrest Gump Liga Perdana Inggeris.

Skuad kendalian Ranieri menduduki tangga teratas menjelang Krismas, hanya 12 bulan selepas berada di tangga tercorot liga dan bekas pengendali Chelsea itu mahu anak buahnya mengekalkan stamina seperti karakter filem Forrest Gump yang berlari merentasi Amerika.

“Saya yakin kerana musim lalu, Leicester menyelamatkan kedudukan mereka pada dua bulan terakhir dan ia bermakna stamina mereka mengagumkan.

“Mengapa tidak kami terus berlari, berlari, berlari? Kami seperti Forrest Gump. Pemain-pemain tahu mereka beraksi dengan cemerlang tetapi belum mencapai apa-apa.

Caludio Ranieri (kanan) ketika Leicester menentang Everton hujung minggu lalu. – Reuters
Caludio Ranieri (kanan) ketika Leicester menentang Everton hujung minggu lalu. – Reuters

“Jika tepat pemahaman saya, Leicester belum pernah mendahului liga pada waktu sebegini, jadi kami amat gembira. Apabila pengendali dan pemain membuatkan peminat gembira, ia amat menakjubkan,” katanya.

The Foxes, yang tewas hanya sekali musim ini, mampu mengesahkan kedudukan sebagai pencabar utama kejuaraan apabila bertandang ke Liverpool Sabtu ini dan melayan kunjungan Manchester City pada Selasa.

Leicester akan mengatasi sasaran pra-musim Ranieri yang ditetapkan pada 40 mata dengan kemenangan di Anfield dan jika ia berjaya, dia layak menetapkan sasaran lebih tinggi – kejuaraan Liga Perdana.

ARTIKEL YANG SAMA