Leicester sudah sedia

Leicester sudah sedia

LEICESTER, United Kingdom, 2 Mac (AFP) – Pengurus pasukan Leicester City Claudio Ranieri berkata pasukannya bersedia untuk berjuang bagi merebut gelaran Liga Perdana selepas kekecewaan seri 2-2 menentang West Bromwich Albion di laman sendiri.

Pasukan Ranieri terlepas peluang untuk melanjutkan pendahuluan kepada lima mata apabila terikat dengan West Brom semalam, sekali gus menyerahkan semangat kepada pesaing gelaran mereka.

Tetapi Raineri menegaskan semangat mereka tidak terjejas untuk 10 perlawanan terakhir musim bermula dengan kunjungan ke Watford Sabtu ini.

Beliau berkata lebih yakin sekarang selepas menyaksikan pasukannya menggegarkan palang dua kali menentang West Brom, dan sebelum ini kemenangan 1-0 ke atas Norwich City.

“Ia adalah perlawanan menarik dan saya gembira dengan persembahan kami,” kata pengurus dari Itali itu. “Ia hanya gol yang hilang, tetapi kami mencipta banyak peluang. Kami kurang bernasib baik, tetapi saya lebih yakin berbanding selepas perlawanan menentang Norwich.

Ranieri bercakap kepada Riyad Mahrez ketika menentang Norwich City dalam aksi Liga Perdana di Stadium King Power, 27 Februari lalu. – Reuters
Ranieri bercakap kepada Riyad Mahrez ketika menentang Norwich City dalam aksi Liga Perdana di Stadium King Power, 27 Februari lalu. – Reuters

“Menentang Norwich kami memenangi perlawanan pada akhirnya, tetapi kami mencipta banyak peluang. Dalam perlawanan ini kami mencipta banyak peluang, tetapi kami seri.

“Ia adalah OK. Empat mata daripada dua perlawanan sukar adalah menarik. Kami masih hidup dan semangat kami bersedia untuk bersaing sekali lagi.

“Saya gembira bukan kerana kami tidak mendapatkan tiga mata – anda tidak selalu mendapatkan tiga mata – (tetapi) persembahan kami menarik.

“Sudah tentu pemain tidak gembira, tetapi saya memberitahu pemain bahawa kami masih hidup dan kami menghasilkan persembahan menarik. Sekarang mereka perlu fokus dengan Watford.”

Ranieri berkata, sebelum perlawanan menentang West Brom pasukannya adalah pasukan bawahan bagi merebut gelaran biarpun mendahului beberapa minggu.

Dan dia percaya melepaskan dua mata menentang West Brom menjadikan pasukannya pasukan luar yang lebih besar.

ARTIKEL YANG SAMA