Leicester tidak perlukan bintang ternama – Ranieri

Leicester tidak perlukan bintang ternama – Ranieri

LEICESTER, ENGLAND, 4 Mei (AP) – Claudio Ranieri masih kekal dengan perancangan kemenangan Leicester dan berkata kelab itu tidak akan berada dalam pasaran untuk mendapatkan bakat ternama dan mahal untuk memperkuatkan juara Liga Perdana itu.

“Kami tidak perlukan bintang super,” kata Ranieri semalam, sehari selepas meraih trofi berbaki dua perlawanan.

“Saya mahu memperbaiki skuad dengan bintang besar, tetapi pemain yang betul.”

Dengan skuad yang hanya bernilai $80 juta untuk dikumpulkan, Leicester melengkapkan satu daripada perubahan terhebat dalam sejarah sukan.

Daripada calon untuk penyingkiran dan ramalan 5,000-1 untuk gelaran liga, Leicester memenangi hadiah terbesar dalam sejarah 132 tahun.

Ranieri berkata kelab itu tidak akan berada dalam pasaran untuk mendapatkan bakat ternama dan mahal untuk memperkuatkan juara Liga Perdana itu. - AFP
Ranieri berkata kelab itu tidak akan berada dalam pasaran untuk mendapatkan bakat ternama dan mahal untuk memperkuatkan juara Liga Perdana itu. – AFP

Namun ia dicapai tanpa saingan pertengahan minggu bola sepak Eropah, yang akan dilalui Leicester musim depan selepas layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama. Tidak hairanlah Ranieri mengurangkan jangkaan buat saingan musim depan.

“Bagi kami adalah penting untuk kekal dalam kelompok 10 terbaik di sana dan cuba untuk ke Eropah,” kata Ranieri di padang latihan Leicester Leicester City berpeluang untuk menjana antara STG150 juta sehingga STG250 juta hasil kejayaan sensasi menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut pakar-pakar pemasaran sukan.

Leicester yang terletak di tengah-tengah England juga dijangka menikmati peningkatan komersial yang besar selepas skuad daripada bandaraya itu melakar sejarah menakjubkan yang menjadi tajuk utama berita di seluruh dunia.

Namun, sekali pun kelab yang diberi jolokan The Foxes itu menikmati masa yang cukup menyenangkan ketika ini, perjalanan mereka untuk menyertai kelompok elit kelab-kelab gergasi dunia tampak masih jauh.

Kelab yang tidak pernah memenangi trofi elit liga bola sepak Inggeris itu akan membawa pulang hadiah lumayan STG90 juta hasil kemenangan selain duit yang dijana daripada kejayaan beraksi di kempen Liga Juara-Juara, musim depan serta peningkatan lain daripada televisyen dan keuntungan hari perlawanan.

Selaku juara EPL, Leicester dijangka menarik lebih banyak penaja termasuk di peringkat global dan dijangka memberi pulangan STG150 juta kepada kelab itu, kata firma yang terbabit dengan sukan dan hiburan, Repucom.

Pakar lain pula menjangkakan jumlah lebih tinggi dengan beberapa media di Britain melaporkan ia mampu mencapai STG250 juta seandainya Leicester mampu membuktikan kejayaan yang diraih sebagai ‘keajaiban satu musim.’

Penonton televisyen Leicester secara global pada musim ini meningkat kepada 23 peratus disebabkan cerita dongeng yang dimainkan mereka untuk melakar kejuaraan dengan penonton di United Kingdom saja berjumlah 785,000 hingga 1 juta untuk satu perlawanan.