Lelaki amal kanibalisme kena dakwa

Lelaki amal kanibalisme kena dakwa

KATHMANDU, 27 Julai (dpa) – Seorang lelaki warga Nepal dikenakan dakwaan membunuh hari ini kerana menyebabkan kematian dan memakan daging manusia, menurut polis daerah Dang.

Lelaki berusia 38 tahun itu dikenali sebagai Ramesh BK dikenakan dakwaan kerana membunuh seorang wanita berusia 56 tahun, yang mayatnya ditemui tanpa jantung, hati dan bahagian usus.

“Kami memberkas beliau di kawasan hutan di Satbariya pada semalam, tempat beliau bersembunyi selepas membunuh wanita berkenaan,” pegawai polis Ranjit Sigh Rathore memberitahu dpa melalui telefon.

“Para penduduk kampung berkata Ramesh BK turut mencuri dan membunuh lembu ternakan mereka untuk memakan hati dan jantung haiwan itu.

“Kami turut menerima aduan beliau menggali mayat di tanah perkuburan berdekatan, untuk memakan jantung, hati dan kepala.”

ARTIKEL YANG SAMA