Lelaki amuk di kolej bunuh diri

Lelaki amuk di kolej bunuh diri

ROSEBURG, Ore, 4 Okt (Reuters) – Lelaki bersenjata yang membunuh profesor bahasa Inggerisnya dan lapan orang lagi di kolej masyarakat Oregon telah membunuh diri selepas kejadian tembak menembak dengan polis yang tiba dalam masa lima minit dan berbalas-balas tembakan dengannya hampir serta-merta, menurut pihak berkuasa.

Para penyiasat sebelumnya berkata penembak berusia 26 tahun itu telah dibunuh oleh para pegawai polis yang berkejar untuk menangani amukan Kolej Umpqua Community College di Roseburg yang dianggap sebagai yang banyak mengorbankan banyak nyawa di kalangan berbelas-belas kejadian penembakan beramai-ramai di AS dalam tempoh dua tahun lalu.

Sherif Wilayah Douglas, John Hanlin memberitahu sidang media semalam bahawa pemeriksa perubatan kerajaan telah memastikan bahawa lelaki bersenjata itu, Christopher Harper-Mercer, telah membunuh diri. Mengeluarkan kronologi waktu awal pembunuhan beramai-ramai itu, Hanlin berkata dua anggota polis Roseburg berada di tempat kejadian dalam tempoh lima minit, dan melaporkan kepada penghantaran bahawa mereka bertempur dengan lelaki bersenjata itu beberapa minit kemudian. Hanlin berkata mereka ‘menumpaskannya’ penembak itu.

“Para pegawai memberi respons segera.. telah berlaku tembak menembak dan penembak telah tewas,” kata sherif itu. Setakat ini, maklumat sangat khusus berhubung sama ada ia adalah peluru pegawai itu atau peluru lelaki itu sendiri, kami belum bersedia pada masa ini untuk membincangkannya.”

Hanlin berkata pistol tambahan juga ditemui dari pangsapuri penembak itu, menjadikan sejumlah 14 senjata dirampas; lapan dari rumahnya, dan enam yang dibawanya ke kolej.

Harper-Mercer secara rasmi dikenal pasti pada Jumaat lalu sebagai penyerang yang menurut orang yang terselamat telah menyerbu masuk ke kelasnya iaitu kelas pengenalan menulis pada Khamis lalu dan menembak profesor pada jarak dekat, sebelum memilih mangsa lain seorang demi seorang, ketika dia menyoal setiap mereka tentang apakah agama mereka dan sama ada mereka adalah Kristian.

ARTIKEL YANG SAMA