Lelaki ancam bom dalam e-mel, ditangkap

Lelaki ancam bom dalam e-mel, ditangkap

COPENHAGEN, Denmark, 18 Okt – Polis Denmark berkata mereka telah menangkap seorang lelaki berusia 31 tahun yang disyaki membuat beberapa siri ancaman bom dalam e-mel ke atas lapangan terbang utama, sebuah hospital dan kira-kira dua buah pusat beli-belah, kampus universiti dan medan awam di seluruh negara.

Lelaki yang tidak dikenali itu telah ditangkap pada malam Isnin dan berdepan perbicaraan tahanan hari ini atas tuduhan awal membuat ancaman yang mengakibatkan ‘kebimbangan serius’.

Jika disabit bersalah, dia berisiko didenda atau dipenjara satu tahun. Media Denmark memetik polis sebagai berkata yang lelaki itu mempunyai sejarah penyakit mental. – AP