Lelaki ancam bom palsu dibebaskan

Lelaki ancam bom palsu dibebaskan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160905_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Seorang lelaki tempatan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan membuat panggilan ancaman bom palsu.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli membuat keputusan itu selepas meneliti laporan psikiatri dari Unit Kesihatan Mental dan laporan psikologi dari Klinik Psikologi Klinikal ke atas Awangku Ariffin bin Pengiran Haji Mohammed berusia 39 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Adri bin Ahmad Zakaria terdahulu memaklumkan mahkamah bahawa laporan itu menunjukkan tertuduh mempunyai IQ yang sangat rendah dan juga mengalami kecacatan intelek sederhana yang menjejaskan keupayaannya untuk memahami prosiding.

Awangku Ariffin didakwa pada 13 Julai di mahkamah atas tuduhan membuat panggilan ke talian kecemasan 993 di mana dia mendakwa ada bom di kawasan Pasar raya Hua Ho, Bangunan Halimatul Saadiah di Gadong pada 11 Julai 2016 kira-kira jam 11 pagi.

ARTIKEL YANG SAMA