Lelaki antipolis mengamuk, seorang maut

Lelaki antipolis mengamuk, seorang maut

PHILADELPHIA, 18 Sept – Nota meluahkan kebencian terhadap polis ditemui selepas seorang lelaki menembak anggota polis Philadelphia sebelum mengamuk melepaskan tembakan rambang yang mencederakan empat orang, termasuk seorang anggota polis, dan meragut nyawa seorang wanita.

Beliau kemudian ditembak mati oleh polis, kata pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Polis Richard Ross mengenal pasti lelaki berkenaan sebagai Nicholas Glenn, 25, yang cukup dikenali polis dan mempunyai rekod jenayah.

Ross berkata, Glenn memiliki senjata Ruger sembilan milimeter dan sekurang-kurangnya tiga sarung peluru selain plastik beg mengandungi 13 hingga 15 butir peluru hidup.

Penyiasat sedang mengesan dari mana senjata itu diperoleh kerana nombor sirinya sudah dipadamkan.

Gambar yang disediakan oleh Jabatan Polis Philadelphia kelmarin menunjukkan Nicholas Glenn. – AP
Gambar yang disediakan oleh Jabatan Polis Philadelphia kelmarin menunjukkan Nicholas Glenn. – AP

“Memang jelas beliau memang mahu mencederakan ramai orang. Kami masih tidak tahu motifnya,” kata Ross pada sidang akhbar.

Nota itu meluahkan kebencian terhadap pegawai penguat kuasa dan pegawai pemulihan; ia ditemui pada Glenn, kata Ross. Polis percaya Glenn bertindak sendirian dan bukan sebahagian daripada kumpulan tertentu.

Ross menyifatkan keganasan itu sebagai “amat ganjil” dan “tidak sukar” untuk percaya tindakan Glenn ada kaitan dengan masalah mental. – AP