Lelaki AS ditahan kerana sertai IS

Lelaki AS ditahan kerana sertai IS

WASHINGTON, 17 Jan – Seorang lelaki AS diberkas kerana cuba mengikut penerbangan ke Syria untuk menyertai kumpulan jihad IS, sementara rakannya telah diberkas kerana menyokong rancangannya, menurut Jabatan Keadilan semalam.

Joseph Hassan Farrokh, 28 tahun, dan Mahmoud Amin Moohamed Elhassan, 25 tahun, kedua-duanya dari Woodbridge, di negeri Virginia, didakwa ‘kerana kegiatan jenayah berkaitan cubaan Farrokh untuk pergi ke Syria’ untuk menyertai IS, menurut Jabatan itu.

Ejen-ejen FBI telah memberkas Farrokh Jumaat lalu di lapangan terbang tempatan ketika dia cuba menaiki penerbangan ke Chicago, “yang dari situ dia akan menaiki penerbangan ke Amman, Jordan, dengan destinasi akhirnya ialah Syria,” menurut satu kenyataan.

Elhassan diberkas Jumaat lalu di Woodbridge selepas dia pulang dari menghantar Farrokh untuk mengikuti penerbangan. Farrokh, seorang warga AS yang berasal dari Pennsylvania didakwa ‘ dengan cubaan untuk memberikan bantuan bahan dan sumber’ kepada IS, ‘yang dinamai pertubuhan pengganas asing.’

Elhassan, penduduk tetap sah AS yang berasal dari Sudan, didakwa ‘membantu dan bersubahat dengan rancangan Farrokh.

Farrokh, yang telah cuba meninggalkan AS dan menyertai IS di Syria sejak 20 November lalu, telah beberapa kali bertemu ‘dengan sumber manusia rahsia dalam cubaan untuk menyelesaikan butiran ‘penerbangan ke Syria’ menurut kenyataan itu lagi.

Elhassan telah diperkenalkan Farrokh kepada ‘seorang yang dipercayai oleh Elhassan mengekalkan hubungan dengan individu-individu yang terlibat dalam jihad di luar negara.”

Jumaat lalu Elhassan telah mengambil Farrokh dan membawanya sejauh kira-kira 1.6 kilometer dari lapangan terbang.

Farrokh kemudian mengikuti sebuah teksi, mendaftar masuk bagi penerbangannya, ‘selesai keselamatan dan kemudian diberkas’, menurut kenyataan itu lagi.

Elhassan telah memandu pulang ke Woodbridge, yang mana di situ dia dipintas dan disoal siasat oleh ejen-ejen FBI, tetapi berkali-kali berdusta dalam respons kepada soalan-soalan ejen-ejen itu. – AFP