Lelaki Australia berdepan hukuman mati

Lelaki Australia berdepan hukuman mati

GUANGZHOU, China, 7 Mei (Reuters) – Seorang lelaki Australia menangis ketika membuat rayuan untuk menyelamatkan nyawanya di mahkamah China hari ini, menyalahkan kegetirannya ke atas ketua geng Sydney, ketika dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan cuba menyeludup dadah bernilai berjuta-juta dolar.

Perbicaraan itu susulan hukuman bunuh berprofil tinggi Indonesia minggu lalu ke atas dua warga Australia yang disabitkan kesalahan menyeludup dadah, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran, bersama enam lagi yang lain dari beberapa buah negara, di sebalik kritikan antarabangsa terhadap kekerasan hukuman matinya.

Perbicaraan di bandar selatan China, Guangzhou berakhir dengan satu penyerahan oleh Peter Gardner kelahiran New Zealand mengatakan bahawa dia ditipu oleh pihak ketiga yang mengetuai satu geng besar Australia. Gardner, 26, diberkas di lapangan terbang antarabangsa bandar itu November lalu, membawa beg hampir 30kg methamphetamine juga dikenali sebagai ais.

Ketika ibu bapa dan diplomat New Zealand memerhatikan, Gardner yang digari memberitahu tiga hakim bahawa dia tidak bersalah.

“Tanpa sangsi, ini adalah kesilapan terbesar hidup saya,” kata Gardner. Apabila dia melihat ais dikoyak dari beg, dia menambah, “Jantung saya terasa dicucuk.”

Cuba memperlihatkan bahawa dia tidak bersalah, Gardner mengatakan dadah-dadah itu boleh bernilai A$6 juta (AS$4.8 juta) dan dia tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk membelinya.

Mengenalpasti orang tengahnya sebagai ‘James’ dia menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa membawa lelaki itu ke muka keadilan, mengatakan sindiket yang diketuainya terlibat dalam penyeludupan dadah dan senjata api.

Pendakwa raya awam di perbicaraan itu bagaimanapun membantah bahawa keterangan Gardner sebagai tidak lengkap dan konsisten, mengatakan, “Kelakuannya adalah bertentangan dengan akal budi.”

Keputusan muktamad boleh mengambil masa berminggu-minggu atau malah berbulan-bulan, Craig Tuck, peguam Gardner mengatakan selepas perbicaraan.

ARTIKEL YANG SAMA