Lelaki bakar bendera diberkas

Lelaki bakar bendera diberkas

CHICAGO, 12 Jan – Seorang lelaki berusia 22 tahun dari tengah Illinois yang diberkas dan ditahan selepas menghantar gambar-gambar dirinya sendiri secara online dan yang mana gambar itu memaparkan dirinya membakar bendera Amerika telah memfailkan tindakan mahkamah federal dalam berusaha supaya undang-undang pencemaran bendera negara diisytiharkan tidak berperlembaga.

Undang-undang negara seumpama itu telah pun tidak sah selepas Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat memerintahkan secara berasingan pada tahun 1989 dan 1990, bahawa pembakaran bendera dan bentuk kerosakan lain adalah mengikut perlembagaan melindungi kebebasan bersuara. Bagaimanapun , berbelas-belas negeri masih mempunyai undang-undang itu.

Polis di Urbana menggunakan undang-undang pencemaran bendera untuk memberkas penduduk-penduduk tempatan Bryton Merlott pada 4 Julai tahun lalu.

Menurutnya dia dengan teliti merancang tunjuk perasaannya untuk membantah penindasan kaum, kemiskinan dan ketidakadilan lain dan kemudian menghantar enam keping yang memaparkan tindakannya di Facebook.

Penghantaran itu , yang mengundang beratus-ratus ulasan, telah membawa kepada penangkapan Mellott oleh pihak polis ketika dia bekerja di Wal-Mart dan menahannya selama beberapa jam. Dia dibebaskan tanpa didakwa.

Mellott yang diwakili oleh Kesatuan Kebebasan Awam Illinois, Amerika, dijangka akan membincangkan tindakan mahkamah itu pada sidang berita hari ini di Champaign. Tindakan itu difailkan lewat semalam.

“Penentangan terbuka adalah bentuk tertinggi patriotisme Amerika,” Mellott berkata dalam satu kenyataan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA