Lelaki Bangladesh ditahan reman kerana tinggal lebih tempoh

Lelaki Bangladesh ditahan reman kerana tinggal lebih tempoh

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jan – Mahkamah Majistret di sini hari ini, mengarahkan seorang lelaki warga Bangladesh yang berdepan kesalahan tinggal melebihi tempoh di Brunei Darussalam, untuk ditahan reman.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman mengarahkan Billal Hossain, 31, yang berdepan dakwaan tinggal di negara ini selepas pas melawat yang diberikan oleh pihak imigresen mansuh pada sekitar Mac 2013, ditahan reman di Balai Polis Pusat sementara menunggu jurubahasa dari Suruhanjaya Tinggi Bangladesh.

pg06_160115_mahkamah logo2Terdahulu, ketika pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu, tertuduh memberitahu mahkamah dia hanya memahami ‘sedikit’ daripada bahasa itu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 15(1) Akta Imigresen, Penggal 17 di mana mereka yang tinggal melebihi tempoh 90 hari, akan disabit penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak melebihi dua tahun, dan sebatan tidak kurang dari tiga sebat.

Majistret Azrimah menetapkan 18 Januari untuk sebutan semula. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Abdul Raafe’ bin Haji Ibrahim.

ARTIKEL YANG SAMA