Lelaki Belgium didakwa bunuh anak lelaki

Lelaki Belgium didakwa bunuh anak lelaki

SINGAPURA, 7 Okt (AFP) – Seorang eksekutif kewangan Belgium didakwa hari ini kerana membunuh anak lelakinya yang berusia lima tahun di Singapura, satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman gantung.

Philippe Graffart, 41, dituduh membunuh anak lelakinya Keryan di sebuah kondominium mewah berhampiran kediaman kedutaan Singapura antara malam Isnin dan pagi Selasa. Dia ditahan reman bagi pemeriksaan psikiatri di kompleks perubatan Penjara Changi.

Media tempatan melaporkan budak lelaki itu ditemui telah dicekik, dengan lebam berbentuk bekas tangan kelihatan di sekeliling lehernya, dan Graffart dipercayai telah menuntut hak penjagaan anak dengan bekas isterinya.

Graffart ditangkap sebelum subuh kelmarin selepas muncul dengan kecederaan disengajakan di luar sebuah balai polis, menurut akhbar Straits Times.

Sementara itu dalam akaun perkhidmatan rangkaian perniagaannya, Linkedln menyifatkannya sebagai seorang pengarah eksekutif dan ketua pengagihan dana di Asia Pasifik bagi Pengurusan Pelaburan Nordea yang berpangkalan di Oslo.

Dalam akaun Facebook di bawah namanya menunjukkan beberapa himpunan gambar gembiranya bersama Keryan.

“Selamat Hari Lahir kepada kamu Keryan! 5 tahun saya amat bangga dengan kamu!,” menurut satu kenyataan yang diposkan pada 25 September.

ARTIKEL YANG SAMA