Lelaki berpisau mengamuk ditembak mati

Lelaki berpisau mengamuk ditembak mati

TAUNTON, Amerika Syarikat, 11 Mei (AFP) – Pihak berkuasa mencuba untuk memastikan kenapa seorang lelaki mengamuk menikam di Massachusetts, membunuh dua orang dan menyerang dan menikam lebih ramai lagi di sebuah rumah dan sebuah gedung beli-belah sebelum ditembak mati oleh tindakan cepat pegawai sheriff yang tidak bertugas.

Suspek itu dikenal pasti sebagai Arthur DaRosa dari Taunton.

“Tragedi itu begitu teruk melanda bandar Taunton petang ini,” Datuk Bandar Taunton, Tom Hoye berkata ketika sidang media pada lewat semalam mengenai kejadian berdarah itu.

Pihak berkuasa berkata ia bermula apabil DaRosa, 28, melanggarkan sebuah kereta di luar sebuah rumah di bandar itu, kira-kira 40 batu selatan Boston. Dia kemudian memasuki rumah itu dan menikam dua orang perempuan. Seorang yang berumur 80 tahun kemudian dibawa ke hospital, dan meninggal di sana. Seorang lagi wanita dirawat atas kecederaan yang mengancam nyawa.

DaRosa kemudian membuat perjalanan ke gedung Silver City Galleria, di mana dia melanggar pintu depan gedung Macy, ujar pihak berkuasa.

Suspek ketika dibawa masuk oleh pegawai-pegawai perubatan ke dalam ambulans. – AP
Suspek ketika dibawa masuk oleh pegawai-pegawai perubatan ke dalam ambulans. – AP

“Dia kemudian keluar dari kereta, menyerang beberapa orang di dalam gedung itu sebelum membuat perjalanan ke restoran Itali Bertucci,” ujar Peguam Daerah Bristol Thomas M.Quinn III.

Apabila berada dalam restoran itu, dia menikam dua orang, termasuk lelaki berusia 56 tahun yang kemudiannya meninggal, ujar Quinn. Seorang timbalan sheriff yang tidak bertugas campur tangan dan menembak DaRosa sekali. Suspek kemudian dibawa ke hospital, di mana dia diumumkan mati.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sheriff itu, kata Hoye. “Jika tidak disebabkan tindakannya itu berkemungkinan lebih ramai lagi yang kehilangan nyawa.”

Saksi-saksi menerangkan kejadian di gedung itu sebagai huru-hara.

Alex Mace dan Jenn Breault memberitahu WBZ-TV bahawa mereka baru tiba apabila mereka terlihat seorang gadis bersembunyi di dalam semak di luar Bertucci.

“Dia sebenarnya tidak menangis, anda boleh tahu dia begitu ketakutan, Mace memberitahu stesen televisyen itu.