Lelaki bersenjata, bom ditahan di California

Lelaki bersenjata, bom ditahan di California

SANTA MONICA, California, 13 Jun (AP) – Seorang lelaki yang sarat membawa senjata ditahan ketika dalam perjalanan satu pesta di California Selatan selepas memberitahu polis bahawa dia mahu melakukan ‘kemudaratan’ terhadap pesta berkenaan.

James Wesley Howell, 20, dari Indiana ditahan jam 5 pagi waktu tempatan selepas jirannya mencurigai tingkah lakunya di depan jalan raya di mana dia meletakkan keretanya menyongsang laluan, demikian menurut Polis Santa Monica dalam satu kenyataan.

Di dalam kereta itu pegawai polis menemui the tiga senapang senapang, peluru dan bom dan lima tong berisi bahan kimia untuk menghasilkan bahan letupan, kata polis.

Ketua Polis Santa Monica, Jacqueline Seabrooks berkata, Howell memberitahu pegawai polis selepas ditahan bahawa dia mahu menyerang pesta gay di West Hollywood yang terletak kira-kira enam batu jaraknya dari tempat itu semalam.

Ratusan ribu menghadiri pesta tahunan berkenaan. Penahanan Howell susulan kejadian tembakan yang membunuh 50 orang di kelab malam di gay di Orlando, Florida.

Polis berkata, setakar ini mereka tidak menemui bahan bukti yang boleh mengaitkan antara penahanan Howell dengan kejadian pembunuhan itu.

Poli bagaimanapun enggan memberikan penjelasan lanjut mengenai Howell atau motif sebenar suspek berkenaan dan meminta sebarang pertanyaan diajukan kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang kini mengambil alih siasatan.