Lelaki bersenjata bunuh pekerja pembinaan

Lelaki bersenjata bunuh pekerja pembinaan

TOKYO, 29 Ogos – Seorang lelaki yang dipercayai menembak mati seorang pekerja pembinaan dan mencederakan tiga yang lain di pejabat mereka di Jepun telah melarikan diri dan sedang diburu, kata polis hari ini, menandakan insiden luar biasa keganasan senjata di negara itu.

Akhbar harian Yomiuri Shimbun melaporkan suspek merupakan anak lelaki bagi pemilik firma pembinaan, dan masih lagi bersenjata ketika dia melarikan diri di bandar barat Wakayama.

Serangan berlaku di dalam sebuah pejabat syarikat semasa mesyuarat, lapor akhbar itu.

Kesemua empat mangsa telah dibawa ke hospital, yang mana Junsuke Ishiyama berusia 45 tahun meninggal dunia akibat luka peluru di perutnya.

Tiga yang cedera juga telah dihantar ke hospital, tambah jurucakap wanita, salah seorang daripada mereka tidak sedarkan diri.

“Kami masih lagi menyiasat” siapa dan di mana dia berada, katanya, tanpa memberi butiran selanjutnya. Menurut media tempatan, polis masih lagi mencari motif penembakan itu.

Bandar Wakayama mengeluarkan amaran, meminta penduduk untuk berada di rumah mereka, menurut NHK.

Jepun terkenal dengan keamanan sosialnya dan kadar jenayah yang rendah dengan memperketat undang-undang kawalan senjata api menjadikan keganasan senjata jarang sekali berlaku. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA