Lelaki bersenjata sekat perjalanan kereta api Amtrak

Lelaki bersenjata sekat perjalanan kereta api Amtrak

LOS ANGELES, 18 Sept – Satu perbalahan selama sejam dengan lelaki bersenjata yang mengurung dirinya dalam sebuah kereta api Amtrak berakhir awal semalam selepas polis menggunakan gas pemedih mata.

Lelaki itu ditahan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini dan polis menemui selaras senapang patah, kata jurucakap Amtrak, Christina Leeds.

Kereta api yang membawa 187 penumpang dan lima anggota krew dikosongkan pada malam Jumaat setelah beberapa orang melaporkan ternampak seorang lelaki dengan senjata berkelakuan mencurigakan.

Kereta api yang sedang dalam perjalanan ke San Diego disekat di kawasan San Fernando Valley di Los Angeles bagi polis untuk menjalankan penggeledahan.

Gambar yang disediakan oleh Jabatan Syerif Mukim Los Angeles menunjukkan seorang pegawai berada di luar sebuah kereta api Amtrak di stesen Metrolink, kawasan Chatsworth di Los Angeles pada awal pagi kelmarin selepas suspek ditahan. - AP
Gambar yang disediakan oleh Jabatan Syerif Mukim Los Angeles menunjukkan seorang pegawai berada di luar sebuah kereta api Amtrak di stesen Metrolink, kawasan Chatsworth di Los Angeles pada awal pagi kelmarin selepas suspek ditahan. – AP

Perbalahan berakhir hampir lapan jam kemudian selepas gas pemedih mata digunakan, menurut Jabatan Syerif Daerah Los Angeles. Jabatan itu menyiar dalam Twitter gambar seorang lelaki dengan tangan digari dan memakai kep, kemeja hijau dan seluar pendek.

Amtrak mengenalpasti lelaki itu sebagai seorang penghuni Oxnard dan berusia 46 tahun, Darius Palmer. Dia didakwa di Mahkamah Tinggi Los Angeles kerana membuat ancaman pengganas dan memiliki senjata api, kata Leeds. Masih tidak diketahui sama ada Palmer mempunyai seorang peguam. – AP

ARTIKEL YANG SAMA