Lelaki berusia 77 tahun tembak tiga warga

Lelaki berusia 77 tahun tembak tiga warga

CHEYENNE, Wyomin, 15 Sept – Seorang lelaki berusia 77 tahun yang tinggal di kompleks pangsapuri warga emas menembak tiga orang di premis itu, membunuh seorang daripada mereka, sebelum membunuh diri di lokasi berhampiran ketika anggota polis mengepungnya, kata polis.

Seorang mangsa ditembak dalam Pangsapuri Heritage Court manakala dua lagi di luar, kata Dan Long, Jurucakap Jabatan Polis Cheyenne.

Larry Rosenberg melarikan diri selepas kejadian tembakan bersenjata dengan memiliki pistol dan raifal. Dia telah membunuh dirinya apabila pegawai mendekatinya di kawasan kejiranan yang kira-kira satu batu jauhnya, kata Long.

Tiada motif didedahkan bagi tembakan itu. Akan tetapi seorang wanita yang tahu akan Rosenberg berkata beliau selalu menyendiri baru-baru ini.

Seorang pegawai Polis Cheyenne mengawal pintu masuk ke Heritage Court Apartments di timur laut Cheyenne, Wyoming, kelmarin. – AP
Seorang pegawai Polis Cheyenne mengawal pintu masuk ke Heritage Court Apartments di timur laut Cheyenne, Wyoming, kelmarin. – AP

Long belum mengenal pasti mangsa-mangsa atau memberi maklumat mengenai keadaan mangsa yang cedera. Percubaan untuk menghubungi keluarga Rosenberg belum dapat diperolehi.

Seorang penghuni, Mary Eastman, 80, berkata beliau mengenali Rosenberg dan pernah mengunjungi pameran jualan bersamanya.

Katanya, beliau melihat Rosenberg sebelum kejadian dan keluar membeli belah sebelum mendapati kompleks itu menjadi lokasi jenayah apabila pulang.

Polis menenangkan seorang wanita, mangsa di tempat kejadian. Badan korban telah dilindungi dan dikawal oleh pihak berkuasa. – AP

ARTIKEL YANG SAMA