Lelaki biar anjing ‘tunggang’ motosikal diburu

Lelaki biar anjing ‘tunggang’ motosikal diburu

HANOI, Vietnam, 29 Jun (Agensi) – Polis di Hanoi sedang mengesan seorang lelaki yang membiarkan anjing peliharaannya “menunggang” motosikalnya dalam klip video yang menjadi viral termasuk di media sosial, menurut pegawai Jabatan Polis Lalu Lintas hari ini.

Klip video yang diposkan minggu lepas menunjukkan lelaki tersebut bersama-sama dengan anjing itu mengendalikan motosikal Honda Dream pada sebelah petang selama kira-kira setengah minit, sambil dia memuji anjing itu dengan perkataan “Bagus!”

“Sungguh tidak disangka berlaku tindakan seperti ini di bandar ini,” ulas seorang pengguna Facebook. “Tindakannya amat berbahaya, dia bukan sahaja membahayakan dirinya sendiri malah orang ramai dan anjing tersebut.”

Klip video tersebut menerima 83,000 kunjungan di salah satu laman Facebook.

Polis melalui Jabatan Lalu Lintas sudah pun mengeluarkan arahan supaya memburu lelaki berkenaan, kata seorang pegawai jabatan itu yang enggan dikenali.

Gambar dari Internet menunjukkan aksi seorang lelaki membiarkan anjing peliharaannya “menunggang” motosikal miliknya yang kemudian menjadi viral di media sosial.
Gambar dari Internet menunjukkan aksi seorang lelaki membiarkan anjing peliharaannya “menunggang” motosikal miliknya yang kemudian menjadi viral di media sosial.

“Aksi itu patut kritikan hebat dan dikenakan hukuman,” seorang pegawai jabatan lalu lintas polis Hanoi Nguyen Van Quy dipetik sebagai berkata oleh akhbar Thanh Nien.

Jika diberkas kelak, penunggang motosikal itu boleh dikenakan denda sehingga AS$320 kerana “melepaskan kedua-dua belah tangan ketika menunggang motosikal,” kata Quy.

Beliau berdepan kehilangan lesen memandu selama dua bulan dan motosikalnya disita selama seminggu.

Lelaki tersebut juga tidak memakai topi keledar dan boleh dikenakan denda AS$10.

ARTIKEL YANG SAMA