Lelaki Britain hilang selepas terjun jambatan

Lelaki Britain hilang selepas terjun jambatan

SYDNEY, 18 Jan – Seorang lelaki Britain dilaporkan hilang hari ini selepas mabuk dan terjun dari sebuah jambatan di Brisbane untuk ‘sedikit keseronokan’, menurut polis Australia.

Dia adalah salah seorang daripada empat lelaki yang membuat keputusan untuk terjun dari Jambatan William Jolly ke dalam Sungai Brisbane, kira-kira 10 meter ke bawah, selepas mabuk di sebuah hostel pengembara jalan kaki pada malam Ahad lalu.

“Mereka telah bersetuju di antara mereka bahawa mereka akan terjun dari jambatan bagi sedikit keseronokan dan untuk bertenang,” Inspektor Sean Cryer memberitahu para pemberita di Brisbane.

“Lelaki muda itu, ialah warganegara Britain berusia 30 tahun, telah terlebih dahulu terjun dari jambatan itu.”

Cryer berkata lelaki itu berlari sejauh tiga atau empat meter jauhnya sebelum terjun, kemudian melompat ke atas rel dan terjun ke dalam air.

“Dia datang kembali naik semula beberapa saat kemudian, bergolek ke tepi, dan kembali ke dalam air dan sejak itu tidak lagi dilihat,” katanya lagi.

Menurutnya rakan-rakan lelaki itu telah menghubungi perkhidmatan kecemasan selepas gagal mencarinya dan sebuah helikopter dengan peralatan mencari dikerah untuk melancarkan usaha mencari di sungai itu, tetapi gagal.

“Jelas peristiwa ini sangat menyedihkan,” kata Cryer, yang tidak mendedahkan nama lelaki yang hilang itu tetapi berkata keluarganya telah dihubungi.

Pencarian diteruskan hari ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA