Lelaki California ditahan penyebab kebakaran hutan besar-besaran

Lelaki California ditahan penyebab kebakaran hutan besar-besaran

LOWER LAKE, California, 16 Ogos – Seorang lelaki California ditahan semalam atas tuduhan membakar dan didakwa mencetuskan kebakaran hutan yang besar pada hujung minggu, memusnahkan lebih daripada 175 rumah, perniagaan dan lain-lain struktur di sebuah bandar Northern California, kata pihak berkuasa.

Sheriff County Lake, Brian Martin berkata Damin Anthony Pashilk, 40, dari Clearlake ditahan semalam dan dihadpakan 17 tuduhan membakar dan berada dalam penjara.

Beliau disyaki melalukan kebakaran dalam kebanyakan insiden di Lake County sejak setahun yang lalu.

Jabatan Perhutanan dan Pengarah Perlindungan Kebakaran California, Ken Pimlott berkata kebakaran di bandar Lower Lake telah menyebabkan lebih daripada AS$10 juta sebagai ganti rugi dan mengakibatkan berpuluh-puluh keluarga telah kehilangan tempat tinggal mereka.

“Pashilk melakukan jenayah ngeri dan kami akan berusaha mendakwa menggunakan sepenuhnya undang-undang,” kata Pimlott.

Angin kencang telah merebakkan kebakaran itu ke lebih daripada enam batu persegi di kawasan Lower Lake kira-kira 90 batu di utara San Francisco.

Ia hanya 5 peratus yang terkandung, walaupun lewat semalam pegawai keselamatan berkata tiada struktur lain berada di bawah ancaman secara langsung.

Keadaan cuaca menghantui anggota bomba semalam dan ramalan yang suhu berkemungkinan akan mencecah 90-an akan datang, dengan ketiadaan hujan Satu gelombang haba dan angin kencang juga meletakkan Selatan California dalam langkah berjaga-jaga. – AP