Lelaki cuba ‘curah abu isteri ke tandas’

Lelaki cuba ‘curah abu isteri ke tandas’

TOKYO, 24 Mei (AFP) – Seorang lelaki Jepun menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas cuba mencurah abu isterinya yang ‘dibenci’ ke dalam tandas pasar raya, menurut laporan dan polis hari ini.

Lelaki berusia 68 tahun itu memberitahu polis dia membuang abu isterinya ke dalam mangkuk tandas di sebuah pasar raya Tokyo sejurus selepas dia dibakar pada bulan lalu.

Polis dihubungi selepas abu, serpihan tulang termasuk dagu manusia, ditemui, tetapi bingung untuk memberi penjelasan sehingga lelaki berkenaan menyerah diri, lapor akhbar Yomiuri Shimbun.

Dia amat benci terhadap isterinya dalam perkahwinan mereka yang tidak bahagia sejak beberapa tahun ini, menurut akhbar.

“Saya semakin bencinya,” kata lelaki itu yang namanya tidak didedahkan, dipetik sebagai berkata. “Hidup amat menderita sebelum dia mati.”

Isterinya meninggal dunia pada usia 64 tahun, selepas jatuh sakit.

Pendakwa sedang menimbang sama ada mengenakan dakwaan meninggalkan mayat, memandangkan abu hanya boleh ditabur di lokasi yang dibenarkan, beritahu jurucakap polis Tokyo kepada AFP.

ARTIKEL YANG SAMA