Lelaki cuba s...

Lelaki cuba seludup 12 jongkong emas dalam dubur

HYDERABADM, India, 13 Feb – Seorang lelaki berusia 36 tahun telah ditangkap cuba menyeludup 12 jongkong emas oleh Kastam India dengan menyembunyikannya dalam duburnya, lapor media tempatan.

Lelaki berusia 36 tahun itu, berasal dari Tamil Nadu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad Rajiv Gandhi dari Singapura awal pagi kelmarin.

Menurut Times Of India, bagasi penumpang berkenaan mengandungi beberapa lampu LED yang mendorong kakitangan kastam menjalankan carian pemeriksaan.

Lapan jongkong emas, masing-masing seberat kira-kira 100g, ditemui tersembunyi di belakang penutup lampu.

Walaupun lelaki itu menafikan dia membawa lebih emas, dia diperiksa menggunakan mesin diarah menjalani pemeriksaan pengesan logam. Sebanyak 12 jongkong emas – dengan jumlah berat 1.2 kg – di kesan dalam duburnya.

Secara keseluruhan, 20 jongkong emas seberat kira-kira 2 kg miliknya ditemui.

Unit Risikan Penerbangan memberitahu New India Express bahawa emas itu bernilai sekitar 59.1 juta rupee ($1.26 juta).

ARTIKEL YANG SAMA