Lelaki curi kereta kena penjara 7 bulan

Lelaki curi kereta kena penjara 7 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman tujuh bulan penjara ke atas seorang lelaki warga penduduk tetap yang mengaku bersalah kerana mencuri.

Mohammad Ibrahim bin Haji Simat, 29, didakwa mencuri sebuah kereta Volkswagen Polo, pada 2 Disember 2015 kira-kira jam 12:45 tengah malam.

pg06_160517_mahkamah logo2

Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Ban 5, Kampung Mulaut.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan hukuman ke atas tertuduh berkuat kuasa 14 Mei 2016.

ARTIKEL YANG SAMA