Lelaki curi perhatian kerana peluk beruang

Lelaki curi perhatian kerana peluk beruang

OTISVILLE – Pelukan beruang bukan satu masalah. Jim Kowalczik memeluk banyak beruang.

Jim berbaring di atas tanah apabila rakan beruangnya seberat 1,500 paun, Jimbo, meletakkan kakinya yang berat di pinggang Jim. Beliau memberikan makan Jimbo dengan gula-gula marshmallow dan tertawa apabila lidah besar beruang itu menjilat telinganya.

Jika itu dikatakan sesuatu yang bahaya dan boleh dianggap tindakan membunuh diri, anda boleh pertimbangkannya kerana Jim dan isterinya, Susan, telah menjaga Jimbo selama hampir 23 tahun, sejak ia mula dalam jagaan pasangan itu ketika masih kecil lagi.

“Ia akan bermain dengan anda seharian jika anda mempunyai masa luang bersamanya,” kata Jim selepas sesi bermain, dengan menambah bahawa beliau bersyukur beruang itu tidak melontarkan berat badannya sesuka hati.

“Jika ia berbaring di atas anda, anda akan menghadapi masalah.”

Jim Kowalczik (kiri) dan isterinya, Susan, mempunyai 11 ekor beruang di pusat hidupan liar mereka. – AP
Jim Kowalczik (kiri) dan isterinya, Susan, mempunyai 11 ekor beruang di pusat hidupan liar mereka. – AP
Jim Kowalczik bermain dengan Jimbo. – AP
Jim Kowalczik bermain dengan Jimbo. – AP

Jimbo merupakan antara 11 ekor beruang yang tinggal di Pusat Hidupan Liar Orphaned, bukan berdasarkan keuntungan, barat laut Bandar New York. Salah seekor daripada beruang itu, beruang hitam yang diberikan nama Frankir, telah dilahirkan di rimba dan ditempatkan di pusat itu pada tahun 2012 selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta. Beruang selebihnya dilahirkan dalam kurungan, lapan daripadanya adalah beruang coklat Syria atau kacukan dari program pembiakan baka.

Terdapat banyak pusat-pusat pemulihan hidupan luar yang menjaga kebajikan beruang. Tetapi Jim telah mendapat perhatian tambahan kerana cara pendekatannya.

Satu video menunjukkan beliau bermain dengan Jimbo telah menerima lebih daripada 16 juta tontonan. Jim menjelaskannya sebagai satu cara yang semula jadi seperti menjaga haiwan peliharaan.

Beruang-beruang itu dianggap seperti anak-anaknya, dan kesemua beruang itu tidak pernah mencederakannya.

Pasangan itu juga menjalankan pemulihan bagi tupai, itik, rusa dan pelbagai spesies haiwan sejak tahun 1990-an.

Matlamat utama mereka adalah untuk melepaskan semula haiwan-haiwan itu ke hutan, tetapi beruang-beruang di pusat itu tidak boleh dibebaskan kerana kecederaan atau kerana ia sudah terbiasa hidup dalam kurungan.

Keturunan Susan Kowalczik sudah terbiasa dengan beruang-beruang. Bapanya, Albert Rix, merupakan seorang veteran sarkas yang terkenal dari Jerman, memelihara beberapa ekor beruang coklat Syria. Jim, 60, merupakan seorang pesara pegawai penjara.

Jimbo mempunyai berat badan 1,500 paun dan telah dijaga oleh pasangan Kowalczik selama hampir 23 tahun. – AP
Jimbo mempunyai berat badan 1,500 paun dan telah dijaga oleh pasangan Kowalczik selama hampir 23 tahun. – AP

 Leo, seekor beruang coklat Syria, bermain di kolam renang pusat tersebut. – AP
Leo, seekor beruang coklat Syria, bermain di kolam renang pusat tersebut. – AP

Pasangan Kowalczik itu telah membiayai segala usaha mereka dengan wang sendiri sehingga menubuhkan pusat bukan berdasarkan keuntungan itu pada tahun lepas, yang membolehkan mereka menerima dana bantuan. Hanya pasangan itu dan seorang pengarah, Kerry Clair, yang menangani tugas-tugas pentadbiran.

Video-video yang dibuat telah banyak membantu bagi pendedahan. Tetapi para pakar memberikan amaran jelas: agar jangan terlalu rapat dengan beruang-beruang, seperti yang dilakukan oleh Kowalczik.

Walaupun beruang-beruang dalam kurungan, masih ada kemungkinan naluri seekor beruang akan mengambil alih, jelas seorang pakar biologi hidupan liar, Matt Merchant, dari Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York. Tambahan, adanya bahaya bermain dengan seekor haiwan seberat beruang dewasa.

“Saya tidak fikir orang ramai akan mendapat banyak maklumat atau pendidikan yang baik daripada tingah laku seperti itu,” kata Merchant.

“Lebih baik mereka melihat naturalis menunjukkan tingkah laku beruang-beruang dalam hidupan liar, atau keluar dan mendaki untuk melihatnya sendiri.”

Duduk bersebelahan dengan Jimbo, Jim tidak mengendahkan menghiraukan mengenai kemungkinan bahaya dari beruang-beruangnya.

“Semua beruang bahagia dan gembira. Jika ia tidak gembira, anda akan tahu mengenainya,” jelas Jim. – AP

ARTIKEL YANG SAMA