Lelaki didakwa curi sumbu badak Muzium Diraja Johor

Lelaki didakwa curi sumbu badak Muzium Diraja Johor

JOHOR BAHARU, 28 Dis – Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, petang tadi atas tuduhan mengambil sumbu badak milik Muzium Diraja Johor, Oktober lalu.

Yusof Shariff, 46, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Tertuduh didakwa mengambil sumbu badak yang disimpan di bahagian hadapan Muzium Diraja Johor, Bangunan Sultan Ibrahim tanpa kebenaran sah pada 19 Oktober lepas pada jam 2:30 petang.

Yusof, yang baharu sahaja bertukar dari Terengganu ke negeri ini Ogos lalu, didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri di Balai Polis Johor Jaya setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA