Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyebabkan kecederaan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Mustapa bin Embran, 48, yang berdepan dakwaan menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki dengan memukul kepala dan bahagian badannya menggunakan batang besi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Rotan Gatah, Rancangan Perumahan Negara Teres Lumut pada 21 Disember 2016 kira-kira jam 4:15 petang.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman mengemukakan tuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga sebatan.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menetapkan 27 Februari untuk sebutan semula dan membenarkan tertuduh diikat jamin $4,000 atau dua orang penjamin tempatan.