Lelaki dikawal cuba bakar kabin pesawat

Lelaki dikawal cuba bakar kabin pesawat

BEIJING, 26 Julai (AFP) – Seorang lelaki cuba untuk mencetuskan kebakaran dalam kabin sebuah pesawat dengan 100 orang di dalamnya ketika ia mendarat di selatan China awal hari ini, berjaya ditumpaskan oleh beberapa penumpang dan kru, menurut laporan.

Dua daripada 95 penumpang mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Insiden itu berlaku dalam pesawat Shenzhen Airlines ZH9648 dari bandar timur Taizhou ketika ia mendarat di Guangzhou awal hari ini, menurutnya.

Penumpang yang tidak dikenal pasti itu berjaya dikawal oleh kru kabin dan penumpang lain selepas dia cuba untuk ‘merosakkan kemudahan’ dan ditahan, menurut Xinhua tanpa menghuraikan lebih lanjut.

Namun satu laporan daripada Sumber Penerbangan Awam China, portal maklumat penerbangan awam, mengatakan lelaki itu ‘cuba untuk membakar’ di atas pesawat berkenaan ketika ia sedang mendarat.

Gambar online menunjukkan kebakaran di kerusi penumpang serta pintu kabin yang menghitam, menunjukkan api telah dinyalakan.

Pesawat itu juga membawa sembilan anggota kru, menurut Xinhua.

ARTIKEL YANG SAMA