Lelaki dipenjara 13 bulan selepas gagal bayar denda

Lelaki dipenjara 13 bulan selepas gagal bayar denda

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Mahkamah Majistret di sini memerintahkan seorang lelaki tempatan untuk menjalani hukuman penjara selama 13 bulan selepas gagal membayar denda $15,500 dalam tempoh sebulan yang diberikan atas kesalahan memiliki sejumlah karton rokok dan sayap ayam yang tidak diisytiharkan.

Awang Maini bin Ahmat, 40, mengaku bersalah pada 9 Jun kerana memiliki 41 karton rokok dan dua kilogram sayap ayam ketika pemeriksaan dijalankan oleh pegawai pemeriksa kastam di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 5 Jun 2016.

Dia didapati cuba menyeludup masuk rokok-rokok dan sayap ayam itu dengan menyimpannya di beberapa bahagian kereta yang dipandunya.

Awang Maini dalam fakta kes memberitahu bahawa rokok itu milik rakannya yang merupakan warga Filipina, yang telah memintanya untuk membeli rokok itu di Limbang manakala sayap ayam pula untuk kegunaan sendiri.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memerintahkan hukuman tertuduh bermula hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA