Lelaki dipenjara dan sebat atas pelbagai kesalahan

Lelaki dipenjara dan sebat atas pelbagai kesalahan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman lima tahun enam bulan penjara dan dua sebatan oleh Mahkamah Perantaraan semalam atas pelbagai kesalahan.

Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menjatuhkan hukuman ke atas Muhd Zulhilmi bin Abdullah kerana mencuri kereta; memalsukan plat pendaftaran kereta; pecah masuk rumah untuk mencuri, menyimpan serta menerima barangan curi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa buah rumah di Jalan Muara, Kampung Rimba dan Kampung Bengkurong pada Januari, Jun dan Julai 2016.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Pengiran Hajah Nor’Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin.

ARTIKEL YANG SAMA