Lelaki diserang jerung, pandu sendiri ke hospital

Lelaki diserang jerung, pandu sendiri ke hospital

SYDNEY, 12 Okt – Semua pantai di Ballina, New South Wales (NSW), pantai utara Australia telah ditutup selepas seorang lelaki telah digigit oleh jerung semasa meluncur, menjadikan serangan keenam dalam tempoh 21 bulan di kawasan itu.

Lelaki berusia 25 tahun itu digigit di Pantai Sharpes di Ballina pada pagi hari ini semasa meluncur bersama dua orang kawannya. Menurut laporan lelaki itu telah merasakan benjolan di papan luncurnya sebelum jatuh ke dalam air dan dibaham oleh jerung.

The Australian Associated Press melaporkan bahawa mangsa kemudian memandu sendiri ke hospital. Polis NSW dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu mengalami luka kecil di kaki kanannya.

Semua pantai di Ballina Shire telah ditutup selama 24 jam dan pihak berkuasa cuba untuk menentukan jenis jerung yang terlibat dalam serangan itu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA