Lelaki disyaki tembak imam diberkas

Lelaki disyaki tembak imam diberkas

NEW YORK, 16 Ogos – Lelaki yang disyaki menembak mati seorang imam dan rakannya ketika mereka keluar dari masjid New York City telah diberkas dan didakwa dengan tuduhan membunuh lewat malam semalam, menurut polis, yang belum lagi mendedahkan motif penembakan mati itu.

Polis telah mendakwa Oscar Morel, 35 tahun dengan dua pertuduhan membunuh darjah kedua dan dua pertuduhan memiliki senjata dalam pembunuhan Imam Maulana Alauddin Akonjee dan Thara Uddin pada tengah hari Sabtu lalu di Masjid Al-Furqan Jame di kawasan Ozone Park, Queens.

Para pegawai telah menahan Morel lewat malam Ahad lalu di luar sebuah pangsapuri Brooklyn ketika dia menghampiri sebuah kenderaan yang telah dikaitkan oleh pihak polis dengan kejadian langgar lari yang tidak berkaitan dan memadankan penghuraian tentang kenderaan yang dinaiki oleh tersangka penembakan.

“Para penyiasat dari Unit Petugas Khas Orang Pelarian menghampiri kereta itu dan kemudian dia merempuh kereta para penyiasat beberapa kali dalam usaha untuk melarikan diri,” menurut ketua penyiasat Jabatan Polis New York, Robert Boyce.

“Dia diletakkan di bawah tahanan tanpa sebarang kaitan seterusnya dan dibawa balik ke kawasan itu bagi lebih banyak ulasan ringkas.”

Gambar yang diambil daripada rakaman video ini menunjukkan pegawai polis New York membawa tahanan Oscar Morel, di pusat Brooklyn, New York semalam. Polis menahan dan mendakwa Morel dengan kes pembunuhan lewat malam Isnin di atas penembakan seorang Imam dan rakannya di sebuah masjid di New York City. – AP
Gambar yang diambil daripada rakaman video ini menunjukkan pegawai polis New York membawa tahanan Oscar Morel, di pusat Brooklyn, New York semalam. Polis menahan dan mendakwa Morel dengan kes pembunuhan lewat malam Isnin di atas penembakan seorang Imam dan rakannya di sebuah masjid di New York City. – AP

Boyce berkata dalam video pengawasan Morel dilihat melarikan diri dari kawasan penembakan dengan menaiki GMC Trailblazer hitam. Kira-kira 10 minit kemudian, kereta yang dipadankan dengan penghuraian itu melanggar seorang penunggang basikal di kawasan berhampiran di Brooklyn.

Morel pada awalnya didakwa dalam kaitan langgar lari, tetapi dakwaan itu ditingkatkan malam semalam selepas polis berkata mereka telah menemui revolver di rumahnya di Brookyln dan pakaian serupa dengan yang dipakai oleh lelaki bersenjata dalam video pengawasan.

Awal semalam, kira-kira 1,000 orang berhimpun pada upacara pengebumian bagi Akonjee, 55 tahun, dan Udding, 64, yang mana keadaan emosi adalah semakin meningkat.

Upacara itu memperlihatkan beberapa orang yang berucap yang berkata mereka percaya mangsa-mangsa menjadi sasaran kerana agama mereka. Sebilangan orang yang dalam perhimpunan itu menjerit sekali sekala “Keadilan!! sepanjang upacara itu.

Selepas upacara itu, sebahagian orang ramai berbaris menuju tempat yang beberapa blok jauhnya dari tempat penembakan berlaku.

Datuk Bandar Bill de Blasio, seorang Demokrat, memberitahu mereka yang berhimpun bahawa keseluruhan bandar ‘bersedih bersama kamu.” – AP