Lelaki ditahan berpakaian perempuan

Lelaki ditahan berpakaian perempuan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Ogos – Seorang lelaki tempatan ditahan atas kesalahan berkelakuan tidak sopan dan berpakaian merupai seorang perempuan di tempat awam, dalam satu operasi bersepadu di ibu negara, baru-baru ini.

Jika didapati bersalah, lelaki berkenaan boleh didakwa di bawah Seksyen 198 (1) Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah.

Operasi Sepadu Cegah Jenayah pada Ogos lalu itu telah melibatkan seramai 26 orang pegawai dan anggota Daerah Polis Brunei Muara Pasukan Polis Diraja Brunei dan Badan Penguatkuasaan Ugama.

Operasi Sepadu dijalankan di kawasan BSB melibatkan seramai 22 orang anggota penguat kuasa.
Operasi Sepadu dijalankan di kawasan BSB melibatkan seramai 22 orang anggota penguat kuasa.

Operasi tertumpu di tiga lokasi strategik di Bandar Seri Begawan (BSB) iaitu kawasan Tamu Kianggeh, Bangunan Komersial Bumiputera dan Bangunan Terminal / Perhentian Bas (parking bertingkat) dengan menyasarkan para pesalah/penjenayah yang melanggar mana-mana akta atau undang-undang Negara Brunei Darussalam.

Ia bertujuan untuk menguatkan kerjasama di antara agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang bagi menangani aktiviti yang melanggar undang-undang mahu pun daripada segi jenayah atau kesalahan-kesalahan bawah akta lain.

ARTIKEL YANG SAMA