Lelaki ditangkap berhubung ancam PM dalam Facebook

Lelaki ditangkap berhubung ancam PM dalam Facebook

PHNOM PENH, 8 Jan (AFP) – Seorang lelaki Kemboja telah didakwa kerana mengeluarkan ancaman maut kepada perdana menteri Hun Sen dalam laman Facebook, kata seorang aktivis hak asasi dan media tempatan hari ini.

Lelaki itu, 25, telah dituduh menjadi dalang sebuah catatan yang meramalkan pada 7 Januari – ulang tahun Khmer Rouge, tentera yang disokong Vietnam – akan membawa kepada kematian Hun Sen.

“Dia telah ditangkap kelmarin (Khamis). Dia telah dihantar ke mahkamah perbandaran Phnom Penh pagi ini,” Am Sam Ath, seorang aktivis hak asasi tempatan Licadho memberitahu AFP.

Dia akan berdepan kira-kira dua setengah tahun di penjara jika didapati bersalah atas dakwaan mengeluarkan ancaman mati serta menghina perdana menteri itu.

ARTIKEL YANG SAMA