Lelaki ditembak di Capitol

Lelaki ditembak di Capitol

WASHINGTON, 29 Mac (Reuters) – Seorang lelaki yang berjalan menuju Pusat Pelawat Capitol AS bawah tanah semalam ditembak oleh pihak polis dengan mengalami kecederaan setelah dia mengacukan apa yang nampaknya senjata kepada pegawai-pegawai polis, menurut polis.

Tersangka, Larry Dawson, 66 tahun dari Tennessee dalam keadaan stabil tetapi kritikal di hospital, menurut polis Capitol dalam satu kenyataan.

Seorang perempuan yang berada di situ, yang mengalami kecederaan juga telah dihantar ke hospital, Ketua Polis Capitol, Matthew Verderosa berkata pada sidang berita. Keadaan wanita itu tidak didedahkan.

Pihak polis percaya senjata itu mungkin senapang angin dengan peluru bulat dan bukannya senjata api sebenar, Wall Street Journal melaporkan dengan merujuk seorang pegawai penguat kuasa undang-undang.

Dawson didakwa menyerang dengan senjata berbahaya dan serangan ke atas seorang pegawai polis ketika bersenjata, menurut Polis Capitol.

Tidak ada pegawai polis yang tercedera, menurut Verderosa. Menurutnya tidak jelas berapa ramai pegawai yang telah melepaskan tembakan. Senjata itu ditemui di tempat kejadian dan kenderaan tersangka ditemui di kawasan Capitol, menurutnya.

“Ketika pemeriksaan pentadbiran rutin, individu itu mengeluarkan apa yang nampaknya adalah senjata dan mengacukan ke arah para pegawai,” menurut ketua polis. Verderosa berkata lelaki itu dikenali oleh polis Capitol.

“Berdasarkan penyiasatan awal, kami percaya ini adalah tindakan perseorangan yang kerap berada di kawasan Capitol sebelumnya. Tidak ada alasan untuk percaya ini adalah perlakuan yang lebih daripada perlakuan jenayah,” katanya lagi.

Polis telah memberkas Dawson pada Oktober lalu selepas mereka berkata dia telah mengganggu sesi Majlis Perwakilan dengan menjerit dirinya adalah ‘Nabi Tuhan’, lapor Washington Post. Hakim telah mengarahkannya untuk menjauhi kawasan Capitol, lapor surat khabar itu.

Seorang pegawai kerajaan AS berkata tidak ada bukti muncul yang mempunyai kaitan dengan pengganasan.

ARTIKEL YANG SAMA