Lelaki ditembak kerana bawa lambang IS

Lelaki ditembak kerana bawa lambang IS

PERANCIS, 8 Jan (Reuters) – Seorang lelaki yang ditembak mati di sebuah balai polis di sini, hari ini membawa telefon bimbit dan sekeping kertas memaparkan bendera IS dan tulisan mendakwa bertanggungjawab dalam bahasa Arab, kata pendakwa raya dalam satu kenyataan.

Pendakwa raya Francois Molins berkata, sebuah telefon bimbit dan kepingan kertas memaparkan bendera IS serta pengakuan dalam bahasa Arab ditemui pada individu terbabit.

“Sebuah telefon bimbit dan kepingan kertas, di mana ada lambang bendera Daesh (IS) dan tulisan dalam bahasa Arab mengaku bertanggungjawab, ditemui pada individu itu,” katanya.

Molins berkata, situasi itu akan disiasat sebagai insiden keganasan.

Polis Perancis menggunakan robot pemusnah bom untuk memeriksa mayat seorang lelaki yang ditembak mati di sebuah balai polis di daerah ke-18 di Perancis. – Reuters
Polis Perancis menggunakan robot pemusnah bom untuk memeriksa mayat seorang lelaki yang ditembak mati di sebuah balai polis di daerah ke-18 di Perancis. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA