Lelaki dituduh cabul remaja, ditahan reman

Lelaki dituduh cabul remaja, ditahan reman

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan meliwat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

Mohammad Shahdon bin Mohammad Ramlee, 28, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah kosong di RPN Lumut, Kuala Belait pada 18 April 2015.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurjauinah binti Haji Kula memohon kepada mahkamah bagi tertuduh ditahan reman di Balai Polis Pusat untuk siasatan lanjut.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 15 Jun untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA