Lelaki dituduh mencuri, dibenar ikat jamin

Lelaki dituduh mencuri, dibenar ikat jamin

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160524_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei – Mahkamah Majistret, hari ini, membenarkan seorang lelaki tempatan yang berdepan pertuduhan mencuri dilepaskan dengan ikat jamin.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli membenarkan Hamzah bin Haji Mohd Noor, 49, dilepaskan dengan ikat jamin $3,000 atau seorang penjamin tempatan dan turut memerintahkannya untuk melaporkan diri ke Balai Polis Pusat pada 25 dan 28 Mei.

Hamzah dituduh mencuri lapan utas jam tangan dan sebuah telefon bimbit di Tasek Apartment, pada 26 Mac 2016 kira-kira jam 2 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa pemenjaraan untuk tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga tujuh tahun dan juga denda.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal menetapkan 30 Mei untuk kes disebut semula.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Vuina Song.

ARTIKEL YANG SAMA