Lelaki dituduh mencuri mengaku tidak bersalah

Lelaki dituduh mencuri mengaku tidak bersalah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160826_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Seorang lelaki tempatan yang mengaku bersalah atas pertuduhan curi, memberi maklumat palsu kepada pihak polis dan mempamerkan plat pendaftaran palsu dijatuhi lapan bulan penjara dan denda $1,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Muhammad Dzulfadli bin Kafli berusia 36 tahun diberi tempoh sehingga 31 Disember oleh Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman untuk membayar denda itu, dan jika gagal berdepan tambahan dua bulan penjara.

Majistret Azrimah ketika menjatuhkan hukuman turut menasihatkan tertuduh untuk menjadi seorang yang lebih baik dan berguna sebaik keluar dari penjara kelak demi isteri dan anak-anaknya.

Muhammad Dzulfadli didakwa mencuri sebuah kereta di Kampung Sabun, Muara pada 26 Julai 2016 di mana pemilik kereta telah membuat laporan polis yang membawa kepada tangkapan tertuduh.

Ketika disoal siasat oleh polis pada 18 Ogos mengenai kereta yang dicuri itu, tertuduh memberikan maklumat palsu dan mengatakan dia hanya membantu rakannya untuk memindahkan kereta tersebut.

Polis yang membuat siasatan mendapati rakannya tidak tahu langsung mengenai kereta yang disebutkan itu.

Tertuduh turut mencuri sebuah lagi kereta di Kampung Serasa, juga pada 26 Julai dan kemudian mempamerkan plat pendaftaran palsu pada kereta itu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Vuina Song.

ARTIKEL YANG SAMA