Lelaki Filipina kekal ditahan reman, tunggu laporan DNA

Lelaki Filipina kekal ditahan reman, tunggu laporan DNA

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Mahkamah Majistret, semalam, melanjutkan tempoh tahan reman seorang lelaki warga Filipina yang berdepan pertuduhan membunuh pada lewat malam hingga awal pagi antara 30 dan 31 Disember 2015.

Naje Walley Alemania, 37, didakwa dengan niat mengakibatkan kematian Leila Viana Tungala berusia 44 tahun di Ujong Jalan, Temburong.

Timbalan Pendakwa Raya, Karen Tan memaklumkan mahkamah bahawa dia masih menunggu laporan analisis DNA.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain menetapkan sebutan seterusnya pada 27 Februari.

Dakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, dan tertuduh jika sabit kesalahan, akan berdepan hukuman mati.

pg06_160215_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA