Lelaki Filipina lafaz 2 kalimah syahadah

Lelaki Filipina lafaz 2 kalimah syahadah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Seorang lelaki warga Filipina telah memilih Islam sebagai pegangan hidupnya yang baru dan melafazkan dua kalimah syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah, Pulaie, hari ini.

Benhur M. Repala Jr, 31 yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Aryan Farhan bin Abdullah telah melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan pegawai Unit Pengislaman dan Bimbingan Saudara Baru, Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

Majlis diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada saudara baru yang diraikan dan penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Benhur M. Repala Jr memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Aryan Farhan.
Benhur M. Repala Jr memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Aryan Farhan.

Kesempurnaan ajaran Islam yang diredai oleh Allah Subhanahu Wata’ala, banyak menarik minat penganut agama lain untuk memeluk dan menganuti agama suci ini sebagai pegangan hidup mereka.

Ini terbukti dengan catatan keramaian saudara baru yang memeluk agama Islam di seluruh negara dari bulan Januari 2015 hingga bulan Julai 2015 seramai 515 orang.

ARTIKEL YANG SAMA